Hanya sehelai kain,boleh membawa masalah “Angkara sarung tangan masa bayi,Punca 1 jari tek sempurna”

3 Hari Tak Buka Sarung Tangan Masa Bayi

Semasa berada di fasa awal kelahiran, sudah pasti para ibu akan berhati-hati selain menumpukan sepenuh perhatian dalam menjaga bayi mereka.

Malah, pemakaian seperti stokin, sarung tangan dan sebagainya sering menjadi pilihan untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak.

Jari tak sempurna sebab sarung tangan

Begitu jugalah yang diamalkan oleh ibu kepada wanita ini, namun terjadi pula sedikit kecuaian sehingga mendatangkan kesan sampai ke hari ini. Menerusi perkongsian Wulan Dira di laman TikTok, dia dilihat mula menunjukkan 1 jari tengahnya yang tidak sempurna.

Namun, apa yang mengejutkan apabila keadaan itu rupanya terjadi oleh kerana pemakaian sarung tangan semasa bayi.

Screenshot 350

3 hari tak buka sarung tangan…benang terlilit pada jari

Selepas ramai mula tertanya-tanya akan keadaan tersebut, wanita berkenaan akui pernah dibiarkan selama 3 hari tanpa membuka sarung tangan semasa bayi.

Hal itu menyebabkan dia menangis sehingga si ibu mula panik kerana tidak tahu akan puncanya. Ketika buka sarung tangan, alangkah terkejutnya apabila mendapati jari tengah Wulan sudah terlilit dengan benang sehingga difahamkan terpaksa melakukan operation.

Hanya sehelai kain tetapi mampu buat sesuatu masalah…sebab itulah kena selalu tukar siang dan malam

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan. Malah, ramai juga yang bersetuju akan risiko memakaikan sarung tangan pada bayi selain berharap peristiwa ini mampu menjadi iktibar buat para ibu.

Kredit: TikTok wulandira9 Via Kisah Dunia

Leave a Comment