Pemergian Adik Aming Yang “Bijak Dan Menghiburkan” Membuat Ramai Mendoakannya “Termasuk PM-9”

Al-Fatihah

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Muhammad Aming Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming yang tular kerana kepetahannya berkata-kata dilaporkan telah meninggal dunia, pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh gurunya Nasha Nur Harlinda menerusi Faceboook, sebentar tadi.

“Innalilahiwainnahirojiun. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tiada kata yang dapat diungkapkan. Buat semua, doakan agar dipermudahkan segalanya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Nur Harlinda tidak memaklumkan punca kematian Aming.

Terdahulu, aksi si cilik ini sering mendapat perhatian di Facebook apabila videonya dianggap comel dan penuh dengan inti pati berunsur nasihat.

Sehingga kini, Facebook milik Aming dengan menggunakan nama Muhd Aming mempunyai lebih 100,000 pengikut dan video nasihatnya supaya mematuhi SOP memakai pelitup muka yang dimuat naik pada 27 Oktober tahun lalu mendapat 49,000 perkongsian dengan 1.4 juta tontonan.

Malah video itu turut diulang siar oleh pengguna Facebook lain termasuk Ismail Sabri pada 23 Januari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menitipkan ucapan takziah menerusi laman sosial miliknya kepada keluarga adik Aming atau nama sebenarnya Muhammad Aming Salleh Abdullah, 8, yang meninggal dunia akibat sesak nafas hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Ismail Sabri menyifatkan Allahyarham sebagai seorang anak yang sangat baik dan bijaksana.

“Mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian Allahyarham adik Muhammad Aming Salleh Abdullah yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

“Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana.” Tulisnya.

Akhir Kata

Mogo Arwah Ditempatkan Bersama-sama orang Yang Beriman Di Akhirat Kelak .Insyaallah.,

Sumber Dan Rujukan

Wow Berita

Leave a Comment