Anak Sekolah Mengadu Diganggu (Video) “Bapa Hilang Sabar Tumbuk Pemandu Van Sekolah”

Anak mengadu diganggu, bapa hilang sabar tumbuk pemandu van sekolah ‘gatal’

Tidak mampu lagi menahan kemarahan, seorang bapa mengamuk sebelum menumbuk seorang pemandu van sekolah apabila mendakwa lelaki tersebut telah melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook, Tuan Amir Danau seolah-olah hilang sabar selepas anaknya yang juga murid sekolah rendah mengadu kepada isterinya, Aleena Mustaza mengenai sikap ‘gatal’ pemandu van tersebut.

Perbualan anak mengadu kepada isteri

l1 728x1536 1

l2 728x1536 1

Tuan Amir berkata, anaknya berkongsi cerita sambil menangis dengan mendakwa pemandu berkenaan memuji kecomelan sebelum mencubit pipi, memegang dan meramas tangan selain hampir meletakkan muka di peha kanak-kanak terbabit.

Siap bagi nombor WhatsApp kat anak aku

Screenshot 2022 03 30 at 11.57.37 AM 768x638 1

“Malam tu jugak aku call sorang lagi driver ni yang kenalkan driver sorang ni ke kitorang. Aku tanya pasal perangai driver ni, dia cakap dulu pun memang ada kes juga.

“Dengan ibu pada budak sekolah ni. Dia whatsap melebih-lebih. Dengan bini aku pun dia siap suruh video call bagai,” tulisnya.

Dua rakaman video dimuat naik memaparkan dia menyoal perbuatan dan kesalahan pemandu tersebut ketika suspek mahu mengambil anaknya di rumah untuk membawa ke sekolah pagi tadi.

Bagaimanapun, pemandu itu tidak mengku sebaliknya berulang kali menafikan dakwaan keluarga terbabit sebelum Tuan Amir bertindak mengasari dan menumbuk suspek di bahagian perut.

Pagi ni aku nak ‘ajar’ dia

Screenshot 2022 03 30 at 11.57.51 AM 768x269 1

 

Gangguan seksual bukan perkara main-main!

Screenshot 2022 03 30 at 11.58.02 AM 768x782 2

Bagaimanapun, Tuan Amir atau nama sebenarnya Amir Hamzah Abdul Hamid memaklumkan dia sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya berhubung kejadian terbabit.

Tuan Amir menjelaskan, dia mengakui kasihan terhadap pemandu itu yang mencari rezeki namun bertanggungjawab bagi memastikan perkara berkenaan tidak terjadi kepada mangsa lain.

Pukul memang salah, tapi sebagai peringatan

Screenshot 2022 03 30 at 11.58.10 AM 768x462 1

“Ikutkan hati jantan, aku kesian bila fikirkan driver ni ada family, ada anak, ni cari makan diorang. Tapi kalau semua orang fikir kesian pada dia, siapa nak kesian pada mangsa-mangsa yang sampai sekarang masih trauma?

“Atas dasar tanggungjawab, aku rasa aku kena buat report juga. Pengajaran buat semua yang terlibat dengan jenayah seksual ni.

“Dan sebagai motivasi buat semua anak-anak perempuan yang menjadi mangsa golongan ini. Aku rakam ni sebab nak ada bukti je kot takut dia pusing cerita lain kan,” katanya.

Tonton video kejadian di bawah:

Sumber Dan Rujukan

OMM

Leave a Comment