Siapa tak sedih bila tau “Anak enggan jumpa Mak Ayah kerna fokus study hingga Tak hirau rantai putus,janji transfer duit segera “

ANAK ENGGAN JUMPA MAK AYAH KERANA ‘FOKUS STUDY’… TAK HIRAU RANTAI PUTUS, JANJI TRANSFER DUIT SEGERA

ANAK tidak berhati perut! Itu antara komen netizen yang berang dengan tindakan seorang pelajar perempuan yang enggan bertemu kedua ibu bapanya yang sanggup datang dari Kulim, Kedah ke Lendu, Melaka menaiki sebuah motosikal buruk

Dugaan buat pasangan itu apabila terpaksa berdepan dengan anak yang tidak mahu bertemu mereka. Mereka kemudiannya diduga lagi apabila motosikal yang dinaiki kehabisan minyak dan terputus rantai sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kulim.

Kisah menyedihkan yang menimpa pasangan itu dikongsi seorang pemuda di Facebooknya sehingga menarik perhatian ramai.

Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan nasib pasangan itu dan pada masa sama turut geram dengan perbuatan pelajar tersebut yang dianggap melampau.

Menurut Tuan Amir Danau, dia terserempak dengan pasangan suami isteri itu ketika dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Seremban, Rabu malam.

“Tengah sedap layan lagu Keluhan Perantau dalam kereta, aku nampak ada orang tua tengah tolak motor. Pakai kopiah. Seorang lagi perempuan yang aku agak, umur dia dalam 50 tahun macam tu.

.

“Motor buruk je. Tepi highway Plus ke arah KL. Basah lencun baju orang tua tu sebab peluh. Macam biasalah, aku berhenti. Aku sapa pakcik tu. Assalamualaikum pakcik, kenapa motor tu? Rosak apa? Pakcik nak ke mana?” tanya Tuan Amir.

Pakcik itu kemudian menjawab: “Takda apalah, nak. Minyak habis. Dengan rantai motor putus. Pakcik tak perasan minyak dah nak habis. Meter rosak.”

“Allahu. Habis tu pakcik tolak je lah ni dari tadi? Dari mana nak ke mana?” soal Tuan Amir.

Pemuda itu mengajak suami isteri itu berhenti makan kerana simpati melihat keadaan mereka yang keletihan menolak motosikal rosak.

“Pakcik nak tolak ke mana? Kulim…. bertambah tercengang aku. Menitik beb air mata ni. Aku terus offer pakcik dengan makcik tu naik kereta aku. Aku cakap motor dia tinggal je situ dulu, aku dah call sorang kawan aku untuk uruskan motor pakcik ni.

.

“Awal tu banyak kali pakcik tu tolak dengan baik, lepas puas aku pujuk. Dia pun setuju nak naik sama. Aku perasan, yang si makcik tu air mata dah meleleh teruk dah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia turut membawa pasangan itu untuk berhenti makan di Hentian Rehat Nilai kerana simpati melihat keadaan mereka yang keletihan.

“Pakcik tak lapar ke? Makanlah dulu. Pasal motor jangan risau. Kawan saya uruskan. Pakcik relaks je. Saya orang baiklah, pakcik. Mak saya ustazah!” kata pemuda itu lagi.

Namun, warga tua itu masih menolak dengan alasan mereka berdua akan makan apabila sampai di rumah nanti.

“Duit yang ada ni pakcik nak sediakan untuk repair motor tu nanti.. takut tak cukup nak repair, tak dapat nak datang semula minggu depan. Merajuk nanti anak tu,” itu jawapan balas pakcik berkenaan.

.

“Allahuakbar. Bertambah lagi sayu hati aku ni.

.

“Aku paksa jugak pakcik tu makan. Aku hulur RM50. Aku suruh dia pergi beli apa yang patut. Sekali lagi adegan sedih berlaku. Pakcik dengan makcik tu menangis. Tak habis ucap terima kasih. Aku ni memang nampak macam gagah, tapi bila kena kes macam ni. Rasa nak berguling menangis pun ada,” katanya.

Sebaik sahaja kedua-duanya selesai makan, Tuan Amir Danau bercerita telefon isteri kepada pakcik tersebut berdering.

Telefon isteri kepada pakcik tersebut tiba-tiba berdering sebaik sahaja mereka selesai makan. -Gambar hiasan

“Dia tengok handphone. Anak perempuan dia yang belajar dekat Lendu tu call. Assalamualaikum, Along. Mak rindu betul dengan Along. Ayah dengan mak ada dekat Nilai ni. Ayah cakap taknak kacau Along nak belajar. Tu kami balik tu.

.

“Tengah jalan, rantai motosikal ni putus. Tapi Along jangan risau. Kami OK je. Ada orang tolong tadi. Along sihat ke? Belajar semua OK tak?

.

“Laa. Macam mana boleh putus rantai motor tu?” tanya anak pasangan itu di talian.

.

“Along memang busy betul mak. Sorry sangat, mak. Tak dapat nak jumpa mak. Mak, nanti bagitau ayah. Tolong transfer duit sikit boleh? Along nak pakai. Kalau boleh malam ni lagi baik. Sebab urgent nak guna.

Si ibu dengan pantas membalas: “Ok Along. Nanti mak bagitau ayah ya.

“Belajar rajin-rajin, nak. Minggu depan mak dengan ayah datang lagi ya? Nak cakap dengan ayah tak?

Namun si anak dengan selamba menjawab: “Takpa mak, tak sempat rasanya. Jangan lupa bagitau ayah tau mak. Transfer duit tu.”

Lebih menghibakan apabila si ayah yang baru memanggil nama anaknya tetapi talian telefon sudah diputuskan.

“Jangan sesekali kau layan ibu ayah kau macam tak da hati langsung. Kulim ke Melaka naik motor buruk, kau boleh off phone atas alasan belajar? Allahuakbar! Ikutkan hati, nak je aku up muka ayah dengan mak kau sekali dekat sini.”

TUAN AMIR DANAU

Tuan Amir Danau berkata dia terdengar perbualan tersebut kerana si ibu menekan mode loudspeaker ketika menjawab panggilan anaknya itu.

“Dengan aku sekali pun dengar. Excited gila masa anak dia call tu. Aku yang dengar ni rasa betul-betul sakit hati. Sedih gila. Tak sangka ada lagi anak spesis tak berhati perut dan tak rasa bersalah langsung buat ayah macam ni.

.

“Nak, dekat mana boleh dapat mesin ATM dekat sini ya? Pakcik nak masukkan duit ni bagi ke anak pakcik tu. Kesian dia. Aku nak cakap apa pun dah tak berapa nak mampu. Bergenang beb air mata. Kasihnya ayah pada anak dia.

.

“Aku jawab, kejap lagi aku bawa diaorang ke ATM. Pakcik ni awal tu berat nak setuju, tapi apakan daya dah tak da pilihan. Selesai makan. Aku offer pakcik ni untuk balik rumah dia dulu, esok pagi aku janji motor akan sampai ke rumah dia.

Ramai meluahkan rasa simpati terhadap nasib pasanan suami isteri itu.

“Aku bagi nombor handphone aku siap. Gambar IC pun aku bagi. Aku nak hantar ke Kulim memang tak lepas. Kebetulan ada dah janji dengan orang nak jumpa. Lama pakcik tu bincang dengan makcik, akhirnya dia setuju,” katanya.

Semasa di dalam kereta, Tuan Amir Danau bertanya kepada pakcik tersebut mengenai latar belakang dirinya.

“Pakcik ni cakap, dia bekerja pengawal keselamatan. Tapi dah berhenti sebab dua bulan lepas, dia sakit. Dia ada tujuh anak. Yang Along ni paling tua.

.

“Sekarang ni duit belanja bulanan ada dapat sikit bantuan dari zakat dan makcik ni ada ambil upah buat kuih.

.

“Struggle beb. Anak dekat rumah biasanya bila dia turun ke Melaka, anak nombor dua akan jaga adik-adik tu semua sampai dia balik rumah,” katanya.

Sebaik tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Tuan Amir Danau berkata dia belikan tiket bas dan memberikan sedikit wang belanja kepada pasangan itu.

“Aku belikan tiket siap-siap untuk pakcik dengan makcik ni. Tiket pukul 11.30 malam. Habis salam-salam, peluk-peluk. Aku bagi pakcik ni RM500. Tinggallah baki dalam poket aku RM50 je. Tu duit yang aku baru dapat sebelum tu RM700.

.

“Ni saya ikhlas, pakcik. Buat repair motor nanti, buat belanja anak-anak, belanja rumah. Wajib ambil duit ni. Ada sebab kenapa Allah jentik hati saya untuk berhenti tadi. Aku betul-betul tak fikir apa dah.

Pemuda itu turut mendoakan agar anak sulung pasangan tersebut menyesali perbuatannya.

“Ada sebablah tu tiba-tiba tadi orang boleh bagi aku RM700. Gaji sebab aku bantu dia katanya. Kebetulan, aku terserempak pulak dengan pakcik yang tengah kesusahan. Aku anggap, ni semua percaturan Allah. Maknanya duit aku dapat tu memang ada bahagian pakcik tu kan,” katanya.

Dalam pada itu, pemuda berkenaan turut mengharapkan agar anak pasangan tersebut menyesali perbuatannya itu.

“Dalam masa yang sama, aku rasa sedih yang teramat. Besar jiwa pakcik dengan makcik tu. Untuk Along, kalau dia baca, aku harap kau berjiwa besar macam ibu ayah kau.

.

“Jangan sesekali kau layan ibu ayah kau macam tak da hati langsung. Kulim ke Melaka naik motor buruk, kau boleh off phone atas alasan belajar? Allahhuakbar! Ikutkan hati, nak je aku up muka ayah dengan mak kau sekali dekat sini.

.

“Biar orang tau macam mana perangai kau sebenarnya. Ya Allah, kasihi semua ibu ayah di dunia ini yang lelah mereka langsung tak dihargai anak-anak tercinta,” katanya.

Sumber  Dan Rujukan

mStar Via Mai Baca

Leave a Comment