Amira Othman Akui Masih Single, Mahu Lelaki Berjambang

Amira Othman Akui Masih Single, Mahu Lelaki Berjambang

Screenshot 2024 03 09 11 49 08 367 com.opera .browser edit

Usia sudah mencecah 30 tahun, penyanyi Amira Othman mengakui ada terasa hati apabila ditanya mengenai soal kahwin apatah lagi apabila tiba hari raya nanti.

Memetik Astro Gempak, mengakui masih single, Amira berkata soal jodoh dan pertemuan dengan pasangan adalah ketentuan Tuhan dan adakalanya dia tidak tahu apa untuk dijawab.

“Saya faham itu soalan-soalan lazim, tambah pula nak raya ni kan? Kenalah bersedia nak menjawab.

“Tapi saya agak terasa hati juga bila ada orang persoalkan kat saya. Nanti kahwin lambat nak beranak susah. Itu diluar bidang kuasa saya. Kadang-kadang saya tak tahu nak jawab apa bila orang tanya.

“Umur kita bukan makin muda, mestilah saya mahu lelaki serius dan niat dia memang untuk berkahwin. Bukannya sekadar untuk mengenali, bercinta lima atau tujuh tahun. Saya dah tak nak lalui fasa-fasa itu,” katanya.

Ditanya mengenai lelaki idamannya, Amiera berkata dia mahukan lelaki yang penyabar serta bertanggungjawab dan bonus jika lelaki itu berjambang.

“Saya rasa saya cari seorang yang bertanggungjawab sebagai suami dan seorang yang penyabar.  Berbanding orang yan tidak penyabar ni dia punya cara untuk buat keputusan itu lebih kepada emosi dan sebagainya. Dan kalau dia ada jambang itu bonuslah untuk saya,” katanya.