Amalkan Surah Yusuf Selepas Subuh, Kunci Kebahagian Rumah Tangga

Rahsia Rumah Tangga Bahagia Dan Rahsia Kecantikan Dalaman Dan Luaran

Rumah tangga bahagia itulah jadi idaman setiap pasangan berumahtangga. Suami sejuk je pandang wajah isteri, isteri pula tenang setiap kali pandang wajah suami.

Bahagianya rumah tangga itulah juga buatkan rezeki masuk macam air.

Rezeki itu bukan semata wang ringgit iya.. hati tenang lagi damai itu pun namanya rezeki kedamaian hati.

Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi amalan untuk kebahagiaan rumah tangga.

2 Ayat Ini Digalakkan Dibaca Sebaik Selesai Solat Subuh

1. Bacalah surah Yusuf, ayat 4 :

Amalkan surah Yusuf

“idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin”

Maksudnya:

“Ingatlah ketika yusuf berkata kepada ayahnya. Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..”

2. Kemudian sambung surah Thaahaa, ayat 39

“Wa alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna a’laa ‘ainii”

Maksudnya:

“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yg datang dariku,dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Thaahaa : 39)

Itulah kunci kebahagiaan rumah tangga Rumah Tangga Bahagia, jika kita amalkan dengan niat ikhlas kerana Allah InshaAllah pasti dikurniakan rumah tangga yang bahagia

Selain itu, Dengan mengamalkan Surah Yusuf selepas subuh juga dapat mempercantikkan wajah agar kelihatan awet muda.

Amalan Untuk Mempercantikkan penampilan

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

Akhir Kata

Amalkan hari-hari dengan niat yang ikhlas kerana Allah  InshaAllah pasti dikurniakan agar kelihatan ‘cantik’.

SUMBER: VIA PETUA IBU

Leave a Comment