Takut Rosak Hubungan Dengan Allah, Bintang Bollywood Zaira Wasim, Anak Didik AMIR KHAN Umum Bersara

BINTANG filem remaja Bollywood, Zaira Wasim, membuat pengumuman untuk meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjaya tersebut menganggu kehidupannya sebagai umat Islam.

Bintang terkenal dengan filem Dangal itu berkata, dia tidak boleh bertoleransi antara agama yang dianuti dengan keperluan sebagai pelakon di pawagam India.

Zaira Wasim

x 30 xx 7

“Perjalanan ini meletihkan apabila saya terpaksa berperang dengan diri sendiri. Hidup terlalu pendek namun terlalu lama untuk memerangi jiwa ini.

“Oleh itu, hari ini saya buat keputusan dengan baik dan secara rasminya memberitahu pembubaran saya dalam bidang ini,” ujar Zaira di status laman sosialnya.

Filem Dangal berdasarkan kisah seorang ahli gusti India itu menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi di India pada tahun 2016.

Zaira, 18, memenangi Anugerah Anak Kebangsaan dalam Pencapaian Luar Biasa menerusi peranannya dalam filem yang menampilkan pelakon Aamir Khan.

zaira wasim

Zaira berkata, walaupun meraih populariti menerusi filem berkenaan, dia tidak gembira dengan apa yang dilaluinya.

“Bidang ini membawa banyak cinta, sokongan kepada saya, tapi apa yang berlaku sebenarnya membawa saya ke arah kejahilan.

“Saya tidak sedar secara diam-diam iman saya terjejas. Saya bekerja di persekitaran yang secara konsisten menganggu iman saya. Hubungan saya dengan agama terancam,” ujarnya.

Sementara itu, ulama Islam terkenal dari Zimbabwe Mufti Ismail Menk, dan bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah menyokong keputusan Zaira untuk meninggalkan kerjaya lakonannya.

Baca Juga: Pernah Buat Filem fitnah Islam dan Rasulullah, lelaki ini menyesal dan peluk ISLAM

Hidayah Milik ALLAH

Al-Qur’an pun telah menjelaskan dalam surah al-A’raaf:

“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk (dalam semua kebaikan dunia dan akhirat); dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi (dunia dan akhirat)” (QS al-A’raaf:178).

Hidayah bisa datang lewat mana saja, lewat siapa pun perantaranya, maka ketika hidayah sudah terlihat, jangan menunggu lebih lama lagi untuk mendekat. Sebab Allah bilang, satu langkah kita mendekat kepada-Nya, seribu langkah Allah menuju kita.

Sumber Dan Rujukan

Google Image

Leave a Comment