Allahuakbar, Kalimah Allah Dan Muhammad Di Langit Madinah Al-Munawwarah Ketika Azan Magrib

Kalimah Allah Dan Muhammad Di Langit Madinah Al-Munawwarah

Sudah terlalu banyak bukti yang ditemui di merata tempat dalam dunia ini di mana munculnya nama Allah di pelbagai tempat dan keadaan. Firman Allah dalam AlQuran yang bermaksud,

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fusshilat : Ayat 53)

Saksikanlah keagungan Allah Ini di mana kalimah Allah dan Muhammad di Madinah Al-Munawwarah ketika azan sedang dilaungkan…Ia adalah satu pemandangan yang indah.

Video Kalimah Allah Dan Muhammad Di Langit Madinah

“Subhanallah walhamdulillah walailahaillah allahuakbar, allahumma sholli ala muhammad wa ala ali muhammad “

Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.

Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1

Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Nukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.

Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.

Konsep ATOM, planet-planet dan sistem suria tadi sama lah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji-muji Allah , maka begitu juga lah Atom, planet-planet dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji-muji Allah. Dan ketahuilah, tiada tempat di dunia ini yang selama 24 jam sehari dipenuhi orang tawaf tanpa henti bergilir-gilir begitu, SubhanAllah. Begitu juga jika dilihat pada suatu AZAN yang dilaungkan apabila masuk waktu solat, ianya sentiasa berkesinambungan tanpa henti dari satu tempat ke satu tempat di seluruh dunia ini mengikut waktu-waktunya. Dengan kata lain, AZAN itu diibaratkan bunyi membesarkan Allah yang tawaf mengelilingi Bumi tanpa henti, masyaAllah.

Baca Juga: (Video)Mimpi Tawaf Seorang Diri Dua Puluh Tahun Lalu Jadi Kenyataan

Akhir Kata

Semoga kita kembali mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. Cintai Allah, cintai Rasul, cintai kedua orang tua, sayangi manusia dan segala makhluk.

Sumber Dan Rujukan

peribadirasulullah.wordpress.com

youtube

Leave a Comment