“Allah Nak Tengok Sabar Saya” – Anggap Ujian Sebelum Tunai Haji, Owner Nasi Pakistan Batu Pahat Maafkan ‘Scammer’

Terdahulu, tular di media sosial kes penipuan melibatkan seorang runner yang mengambil pesanan Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat.

Difahamkan, runner berkenaan mengambil wang daripada pelanggan dan menghantar resit palsu yang sudah disunting kepada pemilik nasi pakistan.

Terbaru, pemilik Nasi Pakistan Batu Pahat iaitu Azrul Hisyam Basherah dipercayai telah memaafkan pelaku. Beliau yakin ini adalah ujian yang diberikan Allah SWT sebelum beliau menunaikan haji tidak lama lagi.

scammer 768x663 1361671192 3469006539981800 8992014012070742985 n 2

Kata beliau, Allah SWT mahu menguji sejauh mana kesabaran dirinya dan ternyata dia gagal menahan kemarahan.

Saya bawa dia pergi ke balai. Dah sampai ke balai saya rasa kesabaran saya dah datang jadi saya maafkan dia. Harapan dia boleh bayar balik duit saya sikit demi sedikit sampai habis.

428699247 3612017892347330 3735821719135162972 n
Processed with Focos

Azrul hanya mengambil dua buah telefon bimbit dan seutas rantai emas yang scammer bersetuju untuk dijual. Anggaran barang-barang tersebut adalah RM6,500.

Beliau berharap rakyat Malaysia dapat bersama-sama mendoakan semoga scammer berubah menjadi lebih baik.