Alicia Amin pertahankan bapa, setuju UiTM dibuka buat bukan Bumiputera – Info

Pelakon dan model Alicia Amin pertahankan bapa, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar dan bersetuju dengan usul agar kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, ia hanya ditawarkan untuk kursus pengajian pascasiswazah.

lic 1000x600 1 e1714467700313

Alicia Amin pertahankan bapa

Pelakon berusia 29 tahun berkata, bapanya yang merupakan pakar bedah jantung meluahkan pandangan dan pendapat peribadi sebagai pengamal perubatan berhubung isu kekurangan doktor dan jururawat di pusat kesihatan kerajaan.

Alicia turut membuat penafian bapanya seorang yang rasis, namun mempertahankan keperluan pengamal perubatan yang dilihat semain berkurangan pada masa kini.

“Bapa saya bukan seorang yang rasis. Beliau percaya dengan peluang sama rata.
“Sesuatu benda itu memperjuangkan siapa-siapa (tanpa mengenal warna kulit atau kaum), itu yang beliau perjuangkan. Malaysia perlukan doktor yang mencukupi sekarang ini,”katanya.

Raja Amin Raja Mokhtar April 22 2024 3

Bapa faham perlembagaan, cakna soal tenaga perubatan

Menurut pemilik nama Raja Alicia Raja Amin, bapanya faham mengenai perlembagaan negara dan tujuan penubuhan UiTM buat golongan bumiputera.

“Bapa saya faham perlembagaan negara macam mana. Kenapa UiTM itu ditubuhkan, kenapa klausa atau peruntukan perlembagaan itu wujud untuk melindungi hak Bumiputera.
“Bapa saya faham semua itu, dan beliau ada idealoginya yang tersendiri,” ujarnya.

13248420 846522982157847 3500904678499864150 o

Kredit foto: FB Prof Dr Raja Amin Raja Mohktar

Pengorbanan seorang doktor selamatkan nyawa

Pelakon filem The Dissapearance of Irdina berkata, bapanya hanya menjalankan tugas sebagai seorang doktor perubatan yang bertanggungjawab menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengenal perbezaan kaum, warna kulit dan fahaman politik.

“Bapa saya buat apa yang seorang doktor lakukan iaitu menyelamatkan nyawa. Dalam erti kata lain, memastikan negara sentiasa memiliki doktor yang mencukupi.
“Bapa saya berpindah dari sektor swasta ke sektor kerajaan, tidak fikir tentang wang hanya untuk berkhidmat untuk kerajaan.
“Kalau kalian nak tanya, kerja swasta berbanding kerajaan, duit (gaji) tersangatlah berbeza. Dulu kami hidup T20 (mewah) tapi apabila saya meningkat remaja, saya macam tidak lagi hidup semewah dahulu. Itu pengorbanan bapa saya sebagai seorang doktor,” jelasnya.

13235500 846518208824991 1220802705404620000 o

Secara peribadi, Alicia tidak langsung memandang perbezaan kaum itu sebagai halangan untuk sesuatu perkara terutama dalam perihal menuntut ilmu.

Sebelum ini tular di media sosial bapa Alicia telah mencadangkan agar UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera terutama bagi kemasukan pascasiswazah bidang perubatan demi mengekang masalah kekurangan doktor di negara ini.

Sumber: TikTok @hibglam.com.my