Resume Untuk Kerja – Panduan Resume Kerja Terbaik

Resume Untuk Kerja adalah sangat penting untuk menarik perhatian majikan dan mendapatkan panggilan temuduga dan untuk memohon pekerjaan di sesebuah syarikat

Resume Untuk Kerja ini amat penting kerana ia merupakan suatu peluang bagi pencari kerja untuk memberikan first impression kepada majikan sebelum dinilai dengan lebih lanjut menerusi sesi temuduga

Artikel kali ini, kami kongsikan contoh Resume Untuk Kerja terbaik yang boleh anda ikuti penulisannya.

Resume untuk Kerja

Contoh Resume Untuk Kerja Terbaik

Untuk menghasilkan Resume Untuk Kerja, perkara berikut tips dan perkara perlu ada di dalam resume anda.

1. Maklumat Peribadi (Wajib)

  • Nama penuh
  • Tarikh lahir
  • Alamat
  • Maklumat hubungan (emel, telefon)
  • Pautan media sosial (jika ada)
  • Boleh masukkan gambar anda pada bahagian paling atas.

2. Objektif atau Keterangan Ringkas

  • Industri yang anda berminat
  • Aspirasi kerjaya masa depan
  • Kelayakan dan pencapaian anda

3. Pendidikan (Wajib)

  • Senarai latar belakang pendidikan anda dalam urutan kronologi terbalik. Ini termasuk nama ijazah yang diperolehi, institusi yang dihadiri, tarikh kelulusan, dan sebarang anugerah atau penghargaan yang relevan.

4. Kemahiran (Wajib)

  • Kemahiran keras (contoh: Microsoft Office, pemrograman)
  • Kemahiran lembut (contoh: komunikasi, kerjasama)

5. Pengalaman Kerja

  • Jika ada, senaraikan dalam urutan kronologi terbalik. Termasuklah tajuk kerja, nama syarikat, lokasi, dan tarikh pekerjaan. Berikan deskripsi ringkas tentang tanggungjawab dan pencapaian anda dalam setiap peranan.

6. Kursus & Pensijilan

  • Senarai kursus atau pensijilan yang telah diselesaikan.

7. Projek

  • Butiran projek yang signifikan, termasuk tajuk, deskripsi, teknologi yang digunakan (jika ada), dan jenis projek.

8. Bahasa yang Dikuasai

  • Senarai bahasa yang anda boleh bercakap dan tahap kefasihan.

9. Anugerah

  • Senarai anugerah yang telah diterima.

10. Hobi & Minat

  • Ini penting untuk mewakili anda sebagai individu yang serba boleh.

Jika anda telah menjawab kesemua soalan ini, barulah anda boleh mula menghasilkan resume anda.

Tips Resume Untuk Kerja Terbaik

  1. Hadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan dua atau tiga warna yang mempunyai tona yang sama
  2. Letakkan objektif yang ringkas serta berkaitan dengan jawatan yang dipohon
  3. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan
  4. Tiada format yang tetap pada resume, bergantung kepada daya kreatif maing-masing untuk mereka bentuk resume

Jika boleh rujuk contoh dibawah ini.

Resume untuk Kerja

Semoga Contoh Resume Untuk Kerja diatas dapat membantu anda. Pastikan resume anda sentiasa dikemas kini dan disesuaikan dengan setiap jawatan yang dipohon.

Baca Juga

Sumber