Cara Buat Link Whatsapp – 2 Cara Paling Mudah

Tak Tau Cara Buat Link Whatsapp? Takpa ini ada step to step Cara Buat Link Whatsapp paling mudah di dunia.

Cara Buat Link Whatsapp

WhatsApp menyediakan fasilitas untuk mencipta pautan khusus ini, tetapi hanya terhad kepada pengguna WhatsApp Business.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkannya:

  1. Buka aplikasi WhatsApp Business anda.
  2. Klik pada ‘Settings’.
  3. Pilih ‘Business Settings’.
  4. Klik pada ‘Short Link’.
  5. Salin dan tempelkan pautan tersebut ke mana-mana postingan di media sosial.

Untuk mereka yang tidak menggunakan WhatsApp Business, wasap.my menyediakan solusi. Langkah-langkahnya adalah:

  1. Kunjungi https://www.wasap.my/
  2. Tambahkan ‘/’ diikuti dengan ‘6’ dan nombor telefon anda. Contoh: https://wasap.my/60120000000
  3. Kongsi pautan itu di media sosial dan siapa saja yang mengkliknya akan dapat menghantar mesej kepada anda secara langsung.

Anda boleh menggunakan wasap.my tanpa mendaftar dan secara percuma. Jika anda mendaftar, anda dapat membuat custom link, seperti “ecentral.wasap.my”.

Bonus: Tambah Mesej dalam Pautan

Menambahkan mesej khusus di dalam pautan anda untuk menjadikannya lebih personal. Contoh:

  1. https://wasap.my/60123456789/testing1
  2. https://wasap.my/60123456789/testing2

Ini sangat berguna untuk penjual yang menawarkan pilihan produk atau promosi.

Sebagai alternatif, wa.link membolehkan anda mencipta pautan WhatsApp tanpa perlu mendedahkan nombor telefon anda. Ini bermanfaat untuk menghindari spam atau penipuan. Cukup kunjungi https://create.wa.link/ dan ikuti instruksi yang diberikan.

Dengan mengikuti panduan ini, mencipta pautan WhatsApp untuk kegiatan perniagaan atau komunikasi pribadi menjadi lebih mudah dan praktis.

Faedah menggunakan WhatsApp Link

Fungsi utama pautan WhatsApp adalah untuk membolehkan pelanggan berinteraksi dengan anda. Kini, dengan hanya satu klik, pelanggan dapat menghantar mesej pertama kepada anda tanpa perlu mengisi form atau menghantar e-mel. Fungsi ini sememangnya dapat membantu anda untuk meningkatkan lead dan sales. Sebagai seorang peniaga, anda harus menjadikan perniagaan anda sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dihubungi agar dapat melahirkan pelanggan yang setia dengan perniagaan anda.

Anda juga perlu mendorong pelanggan untuk mengajukan soalan dengan betul. Caranya adalah dengan memasukkan teks mesej yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kebiasaanya, peniaga mengambil masa yang lama untuk sebarang tindakan susulan daripada pertanyaan pelanggan. Ini adalah kerana, pertanyaan pelanggan sukar untuk difahami kerana soalan yang ditanya tidak jelas dan kurang spesifik. Oleh itu, teks mesej yang telah diisi atau ditetapkan sebelumnya dapat membantu pelanggan untuk menyusun mesej mengikut keselesaan mereka.

Satu lagi feature pautan WhatsApp ialah multiform— boleh digunakan sebagai hyperlink atau kod QR yang boleh disatukan dalam satu gambar atau dalam bentuk GIF. Anda juga boleh memasukkan URL dalam sebarang bentuk yang disukai termasuklah dalam laman web, banner ads, logo atau e-mel, dengan butang CTA yang sempurna.

Semoga Bermanfaat.

Baca Juga

Sumber