3 Imam Besar Masjidil Har4m Yang Berasal Dari Tanah Melayu

Imam Besar Masjidil Har4m Dari Tanah Melayu

Bismillah, 3 Imam Besar Masjidil Har4m Dari Tanah Melayu Yang Ramai Tak Tahu. | Siapa sangka rupanya ada 3 orang Melayu pernah jadi Imam Besar Masjidil Har4m buat ramai umat Islam Melayu tak sangka. Subhanallah Hebat. Jom baca dan kongsikan.

3 IMAM MELAYU DARI TANAH MELAYU

Semasa Daulah Uthmaniyah (1299-1923) menguasai Tanah Har4m Mekah, jawatan Imam Besar Masjidil Har4m terbuka kepada umat Islam dari seluruh dunia yang benar-benar berkelayakan.

Dalam tempoh tersebut, hanya ada tiga orang ulama besar dari Nusantara yang dicatatkan pernah diangkat menjadi Imam Besar Masjidil Har4m. Mereka ialah :-

1) Syeikh Junaid Al Batawi

Lahir di perkampungan yang melahirkan ramai ilmuan Betawi iaitu Pekojan, Jakarta Barat. Beliau sangat masyhur di Tanah Arab kerana keilmuannya sehingga diberi gelaran Syaikhul Masyaikh Dikatakan panggilan ‘Siti Rahmah’ oleh orang-orang Arab kepada wanita-wanita Indonesia di Arab Saudi pada hari ini berasal dari nama isteri Syeikh Junaid Al Batawi. Beliau meninggal dunia di Mekah sekitar tahun 1840 an

2) Syeikh Nawawi Al Bantani

Lahir di Kampung Tanara, Serang, Banten pada tahun 1815. Mendapat gelaran Sayyidul Ulama Al Hijjaz (penghulu Ulama Nusantara di Hijjaz). Karyanya yang ditemui adalah sekitar 38 buah dalam pelbagai bidang seperti tafsir, hadith, tauhid, fiqh, tasawwuf & lain2

Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 1897 dan dikebumikan berhampiran dengan makam isteri Rasulullah SAW, Sayyidatina Khadijah R.ha.

3) Syeikh Ahmad Khatib Al Minankabawi.

Lahir di Koto Tuo, Agam, Sumatera Barat pada tahun 1860. Beliau berguru dengan beberapa orang ulama besar Mekah antaranya mufti Mekah, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang agama, malah beliau juga mahir dalam ilmu matematik.

Antara karya matematik tulisannya ialah Raudatul Hisab & Alam al-Husab fi Ilm al-Hisab. Beliau meninggal dunia pada tahun 1916 di Mekah.

Antara karya matematik tulisannya ialah Raudatul Hisab & Alam al-Husab fi Ilm al-Hisab. Beliau meninggal dunia pada tahun 1916 di Mekah.

PS: Jika anda baru tau, jangan lupa untuk kongsikan informasi menarik ini. Terima kasih.

Baca Juga: Masjidil Har4m Pernah Ditutup 40 Kali Sebelum Ini

Akhir Kata

Itulah 3 Imam besar Masjidil Har4m yang berasal dari tanah melayu yang kita mungkin tidak pernah tahu, oleh itu semoga orang kita lebih banyak yang mencapai tahap yang membanggakan dalam agama… Aamiin

Sumber:

thepatriot

Leave a Comment