“12 Tahun Bersama, Setiap Hari Makin Jatuh Cinta, Setiap Hari Macam Pengantin Baru”

12 Tahun Bersama, Setiap Hari Makin Jatuh Cinta

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 pada 1 Ogos lalu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan romantis buat isterinya yang tercinta menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana mempertemukan dia dengan isterinya serta mengucapkan terima kasih buat bidadarinya itu kerana sudi menjadi isterinya.

Bidadariku. Penyejuk mata didunia. Bidadariku, terima kaseh selalu doakan abang yer. Doamu amat penting dalam hidup abang. Doakan abang yer tengah urus untuk buka 10 cawangan ElewsMart.

Bidadariku. Terima kaseh Allah. Inilah bidadariku. Jagakanlah keluargaku sentiasa

Terima kaseh sentiasa ada disisi abang senang dan susah. Dirimu bidadari didunia dan bidadari sampai syurga insyaAllah. Adamu disisi terasa syukur dan semakin dekat padaNya. Senyuman, belaianmu ubat setelah berpenat diluar sana

Bukanlah kekayaan itu rumah dan kenderaan. Tetapi hati yang bersyukur dan sentiasa Redha. Bidadariku,dirimu tak pernah merungut dari hari pertama kita bertemu walau saat tiada rumah, tiada kenderaan, tiada semuanya. Dengam pertolongan Allah dan doa bidadariku. Doa mak ayah. Doa ramai orang. Allah kurniakan segala nikmatnya untuk menjadi asbab kebaiakan dan hidayah seluruh alam

Pohon doakan yer semua. ElewsMart…doakan yer . Terima kaseh

Ustaz Ebit berkata meskipun sudah 12 tahun bersama tetapi setiap hari beliau jatuh cinta cinta pada isterinya dan rasa seperti pengantin baru. Ujarnya, tanpa isterinya tidak mungkin beliau mampu mengecap kejayaan hari ini.

Baca Juga: Ini Kata Kata Isteri Ebit Lew Setelah Lama Berjauhan, Akhirnya Ustaz Ebit Lew Pulang Ke Pangkuan Keluarga.

Akhir Kata

MashaALLAH, Semoga hubungan mereka sentiada diberkahi ALLAH dan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke Jannah, Aamiin Allahumma Aamiin

Rujukan

Ebit Lew

Leave a Comment